Wednesday, June 8, 2011

Kelam kabut


Tahniah kepada diri aku sendiri kerana sekali lagi telah berjaya menyiapkan kerja editing rancangan TV. first time aku dapat kerja urgent macam ni. gila ape. selalunya rancangan TV yg durasi sampai setengah jam, aku ambik masa seminggu untuk edit. tapi kali ni dieorg bagi 3 hari je. mana tak kelam kabut aku buat kerja-kerja tu. tido tak menentu. tapi, tadi kerja tu big boss dah preview, and aku dah hantar transfer dalam tape. dieorg dah hantar pegi KL kot rancangan tu. kalau korang rasa bosan esok kat rumah takde buat apa, boleh la tgk TV1 esok pukul 2.30-3.00ptg. tu la kerja yg telah berjaya membuatkan hidup aku kelam kabut kejap. takpe laa. aku tetap berpuas hati. balik kerja tengah hari tadi, terus tido tak hingat. nak tgk nama aku keluar kat credit? tunggu la rancangan tu abes ehhh. nama aku ada bawah pascapenerbitan. tak pon, tak payah susah-susah cari. korang tunggu je nama yang paling panjang dalam credit tu. hah, nama aku la tu. :p 


No comments:

Post a Comment