Thursday, March 31, 2011

awesome !

untuk seketika, mulut aku ternganga kejap sebab terpegun tengok video ini. gileee aaahhh. tak gayat apeee. awesome !!!


gile hebat kan. best pulak tengok orang main baling-baling perempuan ni. hahaha. sempat tangkap tu! timing memang kena tepat kalau tidak, ke bawah la jawabnya :p

Wednesday, March 30, 2011

ku berharap


Pernah tak korang berharap sesuatu yang tak korang miliki muncul secara tiba-tiba. sesuatu yang korang naaaaaaaaaaak sangat ada. haha. aku pernah mengimpikan untuk memiliki seorang kakak. yelaa dalam hidup aku, aku cuma ada seorang abang. pastinya terdapat perbezaan mempunyai abang dan kakak. mungkin juga kakak lebih bersifat penyayang dan lembut. entah laaa. mana laa aku tau. tapi tu la yang aku fikir tentang sifat seorang kakak.

but, ada seorang abang, tak la teruk sangat. dulu masa kecik-kecik memang la selalu bergaduh. biasa la tuh kan. dah lumrah alam, abang sentiasa menang dalam setiap pergaduhan sebab mereka lebih besar. tapi, si adik sentiasa mempunyai back up besar iaitu, MAMA ! :) . hahaha. kenangan indah beb

bila besar panjang sekarang, hidup aku yang mempunyai seorang abang dah jadi sangat berbeza. sekarang, kiteorang dah boleh lepak samaa-sama berbanding dulu nak jalan sekali kat mall pon tak boleh. hahaha. kiteorang lebih banyak berkongsi minat yang sama terutamanya photography. sampaikan model camera kiteorang pon sama. senang bila pakai yang sama. aku boleh pinjam-pinjam barang camera dia.

well, sekarang aku takdelah berharap sangat nak ada kakak. awek abang aku pon aku dah anggap sebagai kakak. boleh la kan daripada takde langsung.

Monday, March 28, 2011

wedding

baiklah, untuk entry kali ni, aku nak mengotakan janji aku untuk upload gambar-gambar cousin aku kahwin. janji tu aku rasa dah expired kot. :p . gambar-gambar outdoor diambil time kat taman merdeka johor bahru. enjoy :)








bila cousin-cousin dah kahwin, mulalah diri ni rasa tua semacam :p

Wednesday, March 23, 2011

Cuba Try Test

aku baru je balik dari office sebab buat editing untuk program TV. sampai rumah terus on laptop, buka fb, tgk notification, buka group class aku. Jafni, classmate aku ada post sesuatu yang membuatkan aku tergelak kejap. korang cuba laaa

Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.release tension~


i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


ii) Pilih nombor hari jadi anda:


1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

kongsi jawapan anda...sharing is caring ..nk tau gak ape korangg punya ...hehhe ... =) =)


The making of

mungkin korang semua dah tengok DOT dalam post sblom ni. jika belum, rajin-rajinkan jari tu untuk scroll ke bawah. terima kasih :) . okay kali ni aku just nak view video the making of dot yang korang sebenarnye boleh search kat youtube. haha. 



well, malam ni aku just pegi makan-makan dengan family kawan papa aku. nak je upload gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. tapi diri ini terlalu malas untuk ambik camera, keluarkan memory card, dan upload kat sini. pemalas betul aku ni kan. macam sebelum ni, aku ada ckp nak upload gambar-gambar wedding cousin aku last week. sampai sekarang pon tak upload jgk lagi. haih. nanti la yee.

esk aku masuk kerja shift petang jugak. dah la tadi kerja shift petang, tapi pagi tu tgh sedap-sedap tido, ada jee org dari office call nak ckp psl kerja. terganggu masa rehat aku. aha. takpe laa. kerja punya pasal. dah-dah, nak tido. Byeeee


Monday, March 21, 2011

DOT

Dot, yeaaaa itu la title aku hari ni. jangan nak buat muka pelik, bukan aku tak pandai nak eja DON'T atau typing error. ni mmg title aku hari ni, DOT ! sebelum kita ke cerita aku hari ni, jom tengok video dulu


hahaha. cool kan. kalau korg rajin, buka youtube, search the making of dot pulak. tgk cara-cara dieorg shoot benda alah ni :) selamat mencuba

TIDUR ! tak perlulah aku nak tulis definisi tidur tu, korg boleh search sendiri kat google atau wikipedia yeee. aku nak cerita pasal  benda yang berkaitan dengan tidur, iaitu mimpi. mungkin aku terlalu rindukan zaman sekolah aku. malam semalam aku termimpi pasal zaman sekolah ajeee. bermula dari sekolah rendah, sampai la sekolah menengah. dapat aku jumpa kawan lama yang tak jumpa langsung lepas tamat sekolah rendah dulu sampai la sekarang. haha. tak dapat jumpa betul-betul, dalam mimpi pun jadilah.

dalam mimpi tu, aku duduk dalam kelas kalau tak silap, time darjah 3 kot. lepas abes sekolah, ramai-ramai pegi rumah lama aku kat pahang dulu, cari mainan bawah rumah. abes mimpi pasal sekolah rendah, mimpi pulak pasal sekolah menengah. haih. mungkin ada orang tidak suka untuk mengingati zaman persekolahan mereka. tapi, pada aku, zaman persekolahan aku indah. walaupun berkawan dengan budak-budak yang agak nakal dan sering dicari oleh cikgu disiplin, tapi biasa lah tu. nakal-nakal sikit takpe. aku ingat lagi, dulu masa sekolah menengah, aku selalu kena aim dgn seorang cikgu ni. asal ada kes, bila aku ada kat situ jugak, dia akan tanya aku dulu sebab dia tau yang buatnya mesti kawan-kawan aku. nak tolong kawan punya pasal, aku jawab je "TAK TAHU" . :p


Sunday, March 20, 2011

:)

lihatlah mereka. kelihatan fasih berbahasa malaysia :)





Friday, March 18, 2011

apesal susah sangat nak fikir title yang sesuai haa?

aha. tiba-tiba je aku teringat balik kat nurse yang aku nampak tengah hari tadi. on the way nak balik rumah lepas solat jumaat, lalu la sebelah hospital tu. time stop kat traffic light nampak la nurse ni berjalan ramai-ramai, bergurau senda kat tepi jalan. alahai, nurse practical kot. aku senyum je la kat sorg yang comel, ada respon! hahaha. apa daaaa ko ni hasriq. kat traffic light pon sempat :p . takde, hanya gurauan semata-mata.

dah-dah, bukan nak cerita pasal nurse tu sangat sebenarnya. just nak cakap, bosan pulak duduk rumah sorang-sorang kat rumah ni selama 3 hari. papa dah ada kat JB, mama, anis & along pulak kat KL. esok baru flight dieorg balik sini.

tak kesah laaa. but, yang paling aku malas skali, esok kena kerja. bila check balik, disebabkan aku kena kerja esok, aku terlepas class skate, Nikon Photo Hunt 2011, dan High ledge skate comp. takpe lah. buat kerja pon bukan free. RTM bayar beb. masyukkk :)


p/s: next week, aku ditukarkan ke shift petang. masuk office pukul 4, balik pukul 9. trimas kepada penyelia aku yang amat memahami aku yang susah nak datang office awal pagi ni. :D 

Thursday, March 17, 2011

cecuti



aku baru selesai menghabiskan cuti aku selama 6 hari. sepanjang cuti, sangat best. cuma tak sempat nak jmp ex-classmate sebab jadual sangat pack ! cettt ! kau bajet menteri pulak kan. :p . flight balik sini malam tadi, pagi ni dah pegi office. sampai je office, aku ditukarkan ke unit penerbitan TV. but still, aku lepak kat studio editing saje. baru je balik dari bercuti, aku dah dapat kerja editing hujung minggu ni. dah la patutnya kena attend class skate pagi sabtu tu. tak pegi lagi la minggu ni. okay, tak nak cakap banyak-banyak. nak tido ni. next post, aku upload gambar-gambar wedding & gambar yang aku ambik sepanjang cuti yee.


Friday, March 11, 2011

damn



cerita malam ini:

Lambat sikit update malam ni sebab aku baru balik dari cinema tgk hikayat merong mahawangsa. dgn siapa? tentu la sorang-sorang. nasib laaa kan. org bujang memang macam ni. anyway, cerita tu okay, memang best! cuma pada aku, setiap kali part lawan, ada nmpk kantoi sikit continuity. but, okay la tu. bukan senang nak buat filem gempak kan. aku dah puas buat review filem untuk assignment kat class. so, aku taknak buat review untuk cerita ni. kalau korang nak tahu cerita hikayat merong mahawangsa macam mana, sila tonton sendiri di panggung wayang berdekatan.

cerita pagi tadi:

pergi office, lepak-lepak, tido-tido, gurau-gurau, pastu supervisor panggil, ada sorang uncle ni, nak cerita-cerita pasal camera dengan aku. aku pon borak je la dengan dia. bukan kena keluar duit pon kan kalau nak borak je. dah puas borak, dia terus ajak aku temankan dia pegi kedai camera kejap. dia cakap nak tengok camera canon 7D. dia berkenan nak meminang camera tersebut. aku pon tanpa ragu-ragu, follow je la dia. kitaorg pegi kedai camera yang biasa aku pegi. sampai je kat kedai tu, uncle terus bukak mulut, cakap nak tengok canon 7D. Amoi tu pon keluarkan la camera tu. then, uncle terus bagi kat aku suruh test. ehh? aku yang nak beli camera ke uncle tu? aku pon test jgk la even aku kurang biasa dengan canon. aku cakap, "okay uncle ! camera ni mmg best". *mulut manis lebih* haha. then uncle terus keluar cash ! dia kasi angkat body camera canon 7D & lens 15-85 ! damn ! rm6500 dia terus bayar. aku tergamam seketika. ingatkan temankan dia pegi tgk jee. tak sangka pulak dia betul-betul terus beli. aku pandai bodek ke sampai dia beli jgk tadi? aku kah puncanya? entah ! yang penting, uncle tadi dah keluarkan duit yang nilainya cukup kalau aku jadikan hantaran untuk pinang anak dara orang. hahaha :)

well, itu lah cerita hari ini. okay, tak boleh nak cerita banyak lagi. aku nak kena packing barang, beg baju, camera. pagi nanti, flight pegi JB. ahhhhh malas nak packing ! okay lahh. siapa-siapa yang ada kat JB sabtu & ahad ni, roger la yeee.


p/s: sekali lagi aku nmpk porsche panamera time hantar mama pegi airport petang tadi. aku dah agak ! panamera msti dah ada lebih dari satu kat kota kinabalu ni. kereta tu dah tak rare

Thursday, March 10, 2011

Panamera






masa untuk mencari ketenangan. ahh. please, gimme a break ! well, aku dah ambik cuti next week. jumaat, flight pergi JB. cousin kahwin, family gathering, reunion. perkara yang amat ditunggu-tunggu sejak awal tahun. okay, gotta go. bye !


p/s: Porsche Panamera Turbo dah ada sebiji kat kota kinabalu. baru nmpk pagi tadi. maybe ada lagi yg lain. dieorg makin kaya !

  

Wednesday, March 9, 2011

Ring ding dong


well, hari ni aku tak buat apa-apa sangat. hidup tak lah membosankan. dah mula pandai bergurau dengan kancik-kancik practical kat office tu. apa yang dirancang untuk hari ni tidak berjalan dengan lancar. plan untuk photoshoot kat skatepark likas ditunda sebab hujan lebat petang tadi. so, aku just lepak dgn ahmad shah kat mall sementara tunggu hujan reda. sempat juga pegi skateshop kejap daftar nama nak masuk class skate. hahaha. its for free! so why not kan. class tu bukan kena bayar pun. just pegi skatepark pagi hari sabtu & ahad, dieorg sediakan skate, terus belajar. but, aku prefer pakai skate aku sendiri time belajar tu. lebih selesa dan dah siap setting ikut keselesaan aku. :) . bekas injured dulu dah mula hilang, aku dah kembali !

Sunday, March 6, 2011

cool


okay, yang ni best. agak susah nak buat & edit. haih.

aku tak boleh fikir title best-best :p


Hari ahad merupakan hari untuk aku mengurung diri aku di rumah. tak nak keluar. maka hari ni, aku just nak terperap kat rumah je. semalam je la aku ada attend skateboarding competition kat Jungle skatepark Likas, Sabah. Agak menghampakan bila tengah-tengah event tu berlangsung, belum byk trick mahal keluar, hujan dah mula turun. aku pon simpan la camera, sayang punya pasal. taknak bagi kena hujan. nanti demam pulak camera tu. haha. but, awal-awal tu ada la sikit gambar yang aku sempat ambik. well, result competition tu aku tak tahu sebab aku balik awal. dah maghrib, competition tu still belum abes. tapi tak kesah la. sempat jugak aku melepas gian main skate dua tiga round :)



malam pulak, aku pergi satu lagi tarikan terbaru di negeri Sabah, Perdana Park. tgk air pancut berirama mengikut lagu yang dimainkan. agak cantik dah menarik :) . at least bertambah lagi la tmpat untuk aku bawak member aku bila dieorg datang nanti. so, kepada kawan-kawan aku sekalian, lepas practical nanti cuti dua bulan, duit elaun belambak, datang la rumah aku yeee :). Ni ada la sikit gambar yang aku ada ambik.