Friday, March 11, 2011

damn



cerita malam ini:

Lambat sikit update malam ni sebab aku baru balik dari cinema tgk hikayat merong mahawangsa. dgn siapa? tentu la sorang-sorang. nasib laaa kan. org bujang memang macam ni. anyway, cerita tu okay, memang best! cuma pada aku, setiap kali part lawan, ada nmpk kantoi sikit continuity. but, okay la tu. bukan senang nak buat filem gempak kan. aku dah puas buat review filem untuk assignment kat class. so, aku taknak buat review untuk cerita ni. kalau korang nak tahu cerita hikayat merong mahawangsa macam mana, sila tonton sendiri di panggung wayang berdekatan.

cerita pagi tadi:

pergi office, lepak-lepak, tido-tido, gurau-gurau, pastu supervisor panggil, ada sorang uncle ni, nak cerita-cerita pasal camera dengan aku. aku pon borak je la dengan dia. bukan kena keluar duit pon kan kalau nak borak je. dah puas borak, dia terus ajak aku temankan dia pegi kedai camera kejap. dia cakap nak tengok camera canon 7D. dia berkenan nak meminang camera tersebut. aku pon tanpa ragu-ragu, follow je la dia. kitaorg pegi kedai camera yang biasa aku pegi. sampai je kat kedai tu, uncle terus bukak mulut, cakap nak tengok canon 7D. Amoi tu pon keluarkan la camera tu. then, uncle terus bagi kat aku suruh test. ehh? aku yang nak beli camera ke uncle tu? aku pon test jgk la even aku kurang biasa dengan canon. aku cakap, "okay uncle ! camera ni mmg best". *mulut manis lebih* haha. then uncle terus keluar cash ! dia kasi angkat body camera canon 7D & lens 15-85 ! damn ! rm6500 dia terus bayar. aku tergamam seketika. ingatkan temankan dia pegi tgk jee. tak sangka pulak dia betul-betul terus beli. aku pandai bodek ke sampai dia beli jgk tadi? aku kah puncanya? entah ! yang penting, uncle tadi dah keluarkan duit yang nilainya cukup kalau aku jadikan hantaran untuk pinang anak dara orang. hahaha :)

well, itu lah cerita hari ini. okay, tak boleh nak cerita banyak lagi. aku nak kena packing barang, beg baju, camera. pagi nanti, flight pegi JB. ahhhhh malas nak packing ! okay lahh. siapa-siapa yang ada kat JB sabtu & ahad ni, roger la yeee.


p/s: sekali lagi aku nmpk porsche panamera time hantar mama pegi airport petang tadi. aku dah agak ! panamera msti dah ada lebih dari satu kat kota kinabalu ni. kereta tu dah tak rare

No comments:

Post a Comment