Sunday, February 27, 2011

ding dong

Malam tadi pegi event, dapat parking VIP, pass VIP, guna entrance VIP, duduk depan stage, tapi lupa bawak camera ! haaah ! aku sangat menyesal. takpe laaa sesal kemudian tiada guna. okay aku dah belajar dari kesilapan. walau kecik mana sekali pun event tu, kena bawak camera juga. sebab kadang-kadang sesuatu kejadian yang tak dijangka boleh berlaku. macam yang jadi malam tadi. aku ingat pergi event kecik je. tinggal la camera kat rumah. rupanya, event besar. nah ! mari belajar mengeja. okay sama-sama kita eja yeee. M.E.N.Y.E.S.A.L !

Wednesday, February 16, 2011

Muka buku !


aku tak pandai nak mukadimah banyak-banyak, korang baca je la yee. ni la yang jadi kalau zaman P.Ramlee dah ada facebook. :)




BWAHAHAHA !

Saturday, February 12, 2011

Hari Harimau

Peringatan : isi kandungan tiada kaitan dgn title. :)

Jam dah menunjukkan jam 12.09 AM mengikut laptop ni. tak tahu la laptop korang pukul berapa. well, aku baru lepas balik daripada tengok wayang. then, terus pegi jumpa kawan lama, Akmal the "croc" yg  kini dah menjadi pencinta yg setia. pelik ! bwahaha. esok flight dia nak balik Bogor, Indonesia. dia study kat sana. tak guna betul. dah nak balik baru bagi tahu. tak sempat nak hang out ramai-ramai. dia dulu drummer band aku. but now ntah la dia pandai ketuk drum ke tak lagi. 

hari ni takde apa sangat aku nak membebel dalam diari electronic ni. sebab tak byk sgt benda yg aku buat. datang office pagi-pagi buta, duduk atas sofa dalam bilik dubbing, then tido. tengah hari balik rumah, pegi solat jumaat, pastu balik office semula. ptg je la ada benda skit yang aku buat. dalam pukul 2.30, kawan aku datang office sebab kawan dia yang jadi squad ERA ajak pegi mall sebelah kejap sebab squad ERA ada kat situ. nak bagi free movie ticket. dia pggl sebab takde crowd langsung. hahaha. bila aku samapi, just 4 orang je. pelik jgk bila tgk takde orang berkerumun kat kereta squad ERA tu. well, aku just jawab soalan mudah, berapa biji tayar yg ada pada kereta Squad ERA tu? aku just jawab 5 termasuk spare tyre. DING DING DING ! jawapan betul, dapat movie ticket. valid until May. soalan dia susah nak mati ! hahahaha.


Monday, February 7, 2011

oh blog, ko dah berhabuk !

macam biasa perangai aku, blog dah berhabuk baru nak update. sama je macam buku report harian practical. dah lebih sebulan tak tulis apa-apa. biarlah. ada ke orang nak baca masalahnya? baiklah, aku update hari ni bukanlah untuk berceramah panjang lebar. hanya nak berkongsi tentang dua topik yang sering kali berlegar dalam kepala otak aku ni. 

pertamanya, bila aku ajukan soalan seperti "mana yang akan anda pilih, harta kekayaan atau keluarga"

majoriti pasti menjawab KELUARGA ! tapi sejauh manakah kebenarannya? mungkin golongan yang aku akan perkatakan ini hanya segelintir. mungkin juga tidak. kadang kala manusia yang memilih keluarga, akan menjadi terlalu sibuk bekerja untuk mengejar harta kekayaan sehingga keluarganya terabai. tidakkan perbuatan org itu jelas menunjukkan yang dia lebih memilih harta kekayaan berbanding keluarga? memang la orang itu boleh cakap yang dia mengejar harta kekayaan demi kebaikan keluarganya. dia mahu keluarganya hidup senang lenang. niatnya mmg baik. TAPI, kalau dah sampai keluarga terabai, dimanakah kebaikannya? hingga keluarga bercerai-berai, dimanakah kesenangannya?

ingatlah, keluarga anda mahukan anda lebih daripada harta kekayaan yang cuba anda berikan kepada mereka. :)

baiklah, topik seterusnya, tentang jawapan orang bila memilih pasangan. jawapan yang kerap aku dengar, "aku tak pandang rupa paras, yang penting hati budi"

pada aku, yea ! mmg betul. but thats bulls**t ! tipu la kalau ko tak pandang paras rupa langsung. baiklah, cuba fikir-fikir balik. pertama kali korang berjumpa dengan seseorang, maksud aku, bila pertama kali nak berkenalan. korang pasti nampak paras rupa orang tersebut dulu sebelum mengenali hati budi orang tu. aku pon dah jumpa macam-macam jenis orang sama macam korang. tapi aku nampak paras rupa dulu. baru aku kenal hati budi orang tersebut. hehehe. 

kepada sesiapa yang pernah jawab soalan aku ni dulu, sila fikir balik sebelum jawab. aku rasa, lebih sesuai kalau korang cakap "rupa paras tak penting, yang penting hati budi" instead of "aku TAK pandang rupa paras, yang penting hati budi"

semua ni cuma pendapat aku, kalau tak setuju, aku tak kesah. setiap orang berhak memberi pendapat masing-masing walaupun dia tak sebagus mana. aku pon bukan lah bagus sgt pon. aku sekadar nak berkongsi pendapat. :)