Monday, February 7, 2011

oh blog, ko dah berhabuk !

macam biasa perangai aku, blog dah berhabuk baru nak update. sama je macam buku report harian practical. dah lebih sebulan tak tulis apa-apa. biarlah. ada ke orang nak baca masalahnya? baiklah, aku update hari ni bukanlah untuk berceramah panjang lebar. hanya nak berkongsi tentang dua topik yang sering kali berlegar dalam kepala otak aku ni. 

pertamanya, bila aku ajukan soalan seperti "mana yang akan anda pilih, harta kekayaan atau keluarga"

majoriti pasti menjawab KELUARGA ! tapi sejauh manakah kebenarannya? mungkin golongan yang aku akan perkatakan ini hanya segelintir. mungkin juga tidak. kadang kala manusia yang memilih keluarga, akan menjadi terlalu sibuk bekerja untuk mengejar harta kekayaan sehingga keluarganya terabai. tidakkan perbuatan org itu jelas menunjukkan yang dia lebih memilih harta kekayaan berbanding keluarga? memang la orang itu boleh cakap yang dia mengejar harta kekayaan demi kebaikan keluarganya. dia mahu keluarganya hidup senang lenang. niatnya mmg baik. TAPI, kalau dah sampai keluarga terabai, dimanakah kebaikannya? hingga keluarga bercerai-berai, dimanakah kesenangannya?

ingatlah, keluarga anda mahukan anda lebih daripada harta kekayaan yang cuba anda berikan kepada mereka. :)

baiklah, topik seterusnya, tentang jawapan orang bila memilih pasangan. jawapan yang kerap aku dengar, "aku tak pandang rupa paras, yang penting hati budi"

pada aku, yea ! mmg betul. but thats bulls**t ! tipu la kalau ko tak pandang paras rupa langsung. baiklah, cuba fikir-fikir balik. pertama kali korang berjumpa dengan seseorang, maksud aku, bila pertama kali nak berkenalan. korang pasti nampak paras rupa orang tersebut dulu sebelum mengenali hati budi orang tu. aku pon dah jumpa macam-macam jenis orang sama macam korang. tapi aku nampak paras rupa dulu. baru aku kenal hati budi orang tersebut. hehehe. 

kepada sesiapa yang pernah jawab soalan aku ni dulu, sila fikir balik sebelum jawab. aku rasa, lebih sesuai kalau korang cakap "rupa paras tak penting, yang penting hati budi" instead of "aku TAK pandang rupa paras, yang penting hati budi"

semua ni cuma pendapat aku, kalau tak setuju, aku tak kesah. setiap orang berhak memberi pendapat masing-masing walaupun dia tak sebagus mana. aku pon bukan lah bagus sgt pon. aku sekadar nak berkongsi pendapat. :)

No comments:

Post a Comment