Monday, June 13, 2011

Angry birds


Sejak dah install game angry bird ni, aku dah kurang sikit online. yela, asik2 on fb, bosan jugak. baik main angry bird. seronok jgk. lama-lama? beta dah jadi ketagih pulak. kalau sehari tak main, tak boleh. hehehe. korang pon mesti familiar dengan game angry bird kan. orang alor staq ckp "syok baq hang". eh? betul ke aku eja tu? lantak la. aku check kat youtube tadi terjumpa angry bird versi live. jom tgk !


best gileee kalau dapat main macam tu. buat la jugak macam tu kat malaysia. ramai nak main ni


Wednesday, June 8, 2011

Kelam kabut


Tahniah kepada diri aku sendiri kerana sekali lagi telah berjaya menyiapkan kerja editing rancangan TV. first time aku dapat kerja urgent macam ni. gila ape. selalunya rancangan TV yg durasi sampai setengah jam, aku ambik masa seminggu untuk edit. tapi kali ni dieorg bagi 3 hari je. mana tak kelam kabut aku buat kerja-kerja tu. tido tak menentu. tapi, tadi kerja tu big boss dah preview, and aku dah hantar transfer dalam tape. dieorg dah hantar pegi KL kot rancangan tu. kalau korang rasa bosan esok kat rumah takde buat apa, boleh la tgk TV1 esok pukul 2.30-3.00ptg. tu la kerja yg telah berjaya membuatkan hidup aku kelam kabut kejap. takpe laa. aku tetap berpuas hati. balik kerja tengah hari tadi, terus tido tak hingat. nak tgk nama aku keluar kat credit? tunggu la rancangan tu abes ehhh. nama aku ada bawah pascapenerbitan. tak pon, tak payah susah-susah cari. korang tunggu je nama yang paling panjang dalam credit tu. hah, nama aku la tu. :p 


Tuesday, May 31, 2011

I'm Sorry


Kepada anda yang berkenaan. saya mintak maaf kerana terpaksa menggunakan medium ini untuk menyelesaikan antara masalah kita. jika comment yang saya hantar pada post anda menyakitkan hati or tidak boleh anda terima, sekali lagi saya mintak maaf. tiada cara lain lagi yang saya mampu untuk lakukan. jika dengan cara comment pada post awak boleh selesaikan masalah kita, then I have to. i'm sorry :(


Wednesday, May 25, 2011

This is my story


Tahniah kepada cik hana kerana telah berjaya datang ke rumah aku dan menjadi tukang teman aku makan & tukang basuh pinggan aku. ahahaha. cik hana ada upload & cerita sikit pasal pengalaman dia datang rumah aku. sila ke blog dia yee. ni ada link


Okay, mungkin lepas abes practical hari tu aku dah tak banyak post kat blog. lepas aku abes practical, aku terus ditawarkan kerja sebagai freelance editor kat RTM. hari ni akhirnya aku dapat bercuti setelah 2 minggu berturut-turut bekerja kat office sampai larut malam buat editing. mmg dah ada job menanti tapi aku terpaksa tolak sebab memerlukan rehat. gileee ahhh. boleh jam otak aku kalau mengadap computer editing tu lagi. biar la aku cuti seminggu. awal bulan 6 baru la aku terima job lain pulak.

jasmine ada tag aku kat satu video ni. sgtsgt cool ~!




Sunday, May 1, 2011

Gurauan yang membawa maut


Aku baru balik daripada cinema, tgk Fast 5. taknak buat review pasal cerita tu, kalau korang nak tahu, sila la ke panggung wayang yee. tonton sendiri. aku cuma boleh cakap yang cerita tu TERBAIK !!
thumbs up !

sampai je rumah, aku terus online, dan terjumpa video ni, gileee !!! 



aku tergamam kejap. sebab nak bergurau je boleh buat orang mati. so, lepas ni kalau nak gurau ke, nak prank member ke, biar berpada-pada yeee. pastikan berada di tempat yang selamat dan terkawal :)