Saturday, April 30, 2011

Tangga VS Escalator


Sepeti yang korang lihat, teknologi banyak mengubah manusia. dengan adanya pelbagai kemudahan, manusia menjadi semakin malas. jika perlu memilih sama ada guna tangga atau escalator, mereka lebih memilih untuk gunakan escalator. malas punya pasal. hahaha. *cakap orang, aku pon sama jeee* :p . dalam entry ni, aku nak tunjukkan dengan melakukan sedikit pembaharuan pada tangga, membuatkan orang berminat untuk menggunakan tangga. memang bijak ! jom tengok !


bijak kan? kalau awal-awal tu, takde pon yang nak guna tangga untuk naik. tapi bila buat perubahan sikit, jadi lagi ramai yang guna tangga daripada escalator. kalau aku la ada kat situ, jangan kata naik, suruh turun naik tangga tu banyak-banyak kali pon aku rajin. hahaha. nak dengar bunyi punya pasal :)


Friday, April 22, 2011

Its Bruno Mars !


Sebut je nama Bruno Mars, pompuan semua dah menjerit-jerit nama dia. haha. Okay, MV yg aku post hari ni pada aku sangat-sangat la terbaik !! haha. tak payah nak edit sangat, tak payah nak tukar angle bagai. Tetap menarik untuk ditonton.

Jom tgk ! Bruno Mars - The Lazy Song


NICE ! simple but nice

Sunday, April 17, 2011

Cikgu Shida


Cikgu Shida, anda berjaya membuatkan aku geli hati petang ahad ni. hahaha. bila tgk video ni, aku macam tak percaya pulak yang dia ni cikgu. macam mana la time dia dalam class ehh. mesti gila-gila jgk agaknya.


Wednesday, April 13, 2011

kematian adik saiful, apa ceritanya?


Berita kematian adik saiful yang dipukul oleh ustaz di sekolahnya menggemparkan seluruh Malaysia. itulah yang telah digembar-gemburkan dalam media cetak. bagi mereka yang mengikuti berita tersebut dari dada-dada akhbar dan mempercayai sumber tersebut 100%, pastinya menganggap ustaz tersebut seorang yang kejam. 

Pada mulanya, aku pun turut menganggap yang tindakan ustaz tersebut agak melampau tapi lepas aku baca blog GAMIS, aku jadi macam tak tahu nak percaya sumber yang mana satu. GAMIS telah pergi melawat ke tempat kejadian serta ke rumah arwah. sebelum korang semua judge ustaz tersebut, bacalah blog GAMIS dan cuba nilai sendiri


aku sendiri tak mampu nak beri sebarang comment dan aku sendiri tak tahu nak percaya sumber yang mana satu. tapi, Allah maha mengetahui dan aku harap, pihak berkuasa akan siasat betul-betul kes ini. janganlah sampai menghukum orang yang tidak bersalah. zalim tu.

Monday, April 11, 2011

Selamat Tinggal


Usah nak gabra melampau, title tu bukan menunjukkan yang aku nak delete blog, jauh sekali nak bunuh diri. "Selamat tinggal" ialah tajuk lagu nyanyian zizan raja lawak & dina. Walaupun doctor tu berlakon agak kaku, takpe ! aku tetap suka lagu & MV ni. :)



btw, siapa pelakon perempuan dalam MV ni eh? lawa beb ! :p

Sunday, April 10, 2011

Ini bukan Justin Bieber


tengah-tengah check youtube tadi, aku terjumpa video ni. muka, rambut mmg dah macam justin bieber. btw, dia perempuan ! :)







aku baru sampai dari Kuching, Sarawak petang tadi. agak penat, so tak sempat nak edit segala gambar. nanti la yeee. aku ada masa terluang, aku edit gambar-gambar tu, then, aku cerita dari awal-awal aku sampai kuching, sampai la aku naik flight sampai kota kinabalu semula. tungggggguuuuuuuuuuuu



Friday, April 8, 2011

Sarawak, I'm coming !


kejap lagi pukul 3, flight aku pergi sarawak. just nak habiskan hujung minggu ni kat sana. nanti kalau ada gambar-gambar baru, I'll post it up okay? see you guys in 2 days. happy holiday :)

Tuesday, April 5, 2011

Mistake


Betul kata orang kadang-kadang kita cuma menghargai sesuatu itu apabila ia hilang. bila aku fikirkan balik, banyak benda yang aku dah sia-siakan, banyak peluang yang aku dah terlepas dan, dah banyak orang yang aku kecewakan. kerana mencari kesempurnaan, aku dah terlepas sesuatu yang sememangnya dah cukup baik untuk aku. I am sorry. aku lakukan kesilapan demi kesilapan. tapi normal lah kan buat silap. aku sanggup buat apa sahaja untuk kembalikan apa yang aku miliki dulu, dan kekal kan apa yang aku peroleh sekarang. tapi jangan mimpi laaaah. aku hanya mampu kekalkan apa yang aku peroleh sekarang dan agak mustahil untuk peroleh apa yang aku pernah miliki dulu.

Monday, April 4, 2011

workaholic



workspace yang tersangatlaaaah kemas. bahahaha

okay. last week aku tak sempat nak cerita macam mana aku di prank oleh budak-budak practical lain kat office tu. tapi takpe lah. aku cerita jugak. cecite cecite

hari  : jumaat last week
tarikh: 1 april 2011
tempat: office NLE RTM
masa  : lebih kurang pukul 10 pagi

aku tengah main daun terup dengan 3 orang budak practical kat office tu, jasmine, isna & nita. tengah-tengah syok main, tiba-tiba je jasmine cakap nak pegi toilet. aku pon lantak buat tak tahu je laaa. takkan aku nak follow dia pegi toilet pulak kan. then, dia masuk office balik, cakap kat aku yang penerbit nak jumpa aku. aku pelik la kejap sebab selalunya kalau penerbit nak jumpa aku, dia sendiri yang datang bukan suruh orang lain panggilkan aku pegi jumpa dia. aku pon berjalan la pegi office penerbit tu tanpa memikirkan apa-apa. bila dah kat depan office penerbit tu, baru lah aku terfikir, "ni mesti budak-budak ni nak kenakan aku". aku pon patah balik masuk office. and dieorg ramai-ramai cakap "april fool!" (gelak ramai-ramai).

even aku tak sambut pon april fool tu sebab tau haram tapi terpaksa la senyum jugak bila budak-budak tu kenakan aku. nak jaga hati punya pasal. nak jee aku sorok kasut-kasut budak tu baru padan muka dieorg balik rumah kaki ayam. nasib baik time lunch break aku cepat-cepat keluar. jasmine dah bawak lari kasut aku, nasib baik sempat aku kejar. dapat la balik. hehehe.

okay, yang tu, minggu lepas punya cerita. hari ni pulak aku just sambung buat editing rancangan TV, sebab penerbit nak preview hari esok. aku dah siapkan pon kerja tersebut dengan jayanya dan senyuman panjang lebar. :)))))))

Friday, April 1, 2011

before after


Seperti yang korang semua tau, aku bukanlah seorang yang pandai mukadimah panjang-panjang. jadi, tak perlu mukadimah panjang lebar. korang boleh terus baca kat bawah yeee


korang tersenyum lepas baca benda ni? aha. aku pon ! memang bijak siapa yang tulis ni