Monday, April 4, 2011

workaholic



workspace yang tersangatlaaaah kemas. bahahaha

okay. last week aku tak sempat nak cerita macam mana aku di prank oleh budak-budak practical lain kat office tu. tapi takpe lah. aku cerita jugak. cecite cecite

hari  : jumaat last week
tarikh: 1 april 2011
tempat: office NLE RTM
masa  : lebih kurang pukul 10 pagi

aku tengah main daun terup dengan 3 orang budak practical kat office tu, jasmine, isna & nita. tengah-tengah syok main, tiba-tiba je jasmine cakap nak pegi toilet. aku pon lantak buat tak tahu je laaa. takkan aku nak follow dia pegi toilet pulak kan. then, dia masuk office balik, cakap kat aku yang penerbit nak jumpa aku. aku pelik la kejap sebab selalunya kalau penerbit nak jumpa aku, dia sendiri yang datang bukan suruh orang lain panggilkan aku pegi jumpa dia. aku pon berjalan la pegi office penerbit tu tanpa memikirkan apa-apa. bila dah kat depan office penerbit tu, baru lah aku terfikir, "ni mesti budak-budak ni nak kenakan aku". aku pon patah balik masuk office. and dieorg ramai-ramai cakap "april fool!" (gelak ramai-ramai).

even aku tak sambut pon april fool tu sebab tau haram tapi terpaksa la senyum jugak bila budak-budak tu kenakan aku. nak jaga hati punya pasal. nak jee aku sorok kasut-kasut budak tu baru padan muka dieorg balik rumah kaki ayam. nasib baik time lunch break aku cepat-cepat keluar. jasmine dah bawak lari kasut aku, nasib baik sempat aku kejar. dapat la balik. hehehe.

okay, yang tu, minggu lepas punya cerita. hari ni pulak aku just sambung buat editing rancangan TV, sebab penerbit nak preview hari esok. aku dah siapkan pon kerja tersebut dengan jayanya dan senyuman panjang lebar. :)))))))

No comments:

Post a Comment