Tuesday, December 28, 2010

Berpusing-pusing

Dah hampir seminggu aku tak post apa-apa kat blog ni. Ideanya ada tapi tak tahu apasal la malas sangat nak karang. nanti la. korang berhibur la dengan cerita berantai di bawah dulu yeee. sementara aku jana idea untuk next post. enjoy ;)


Cerita Berantai

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…

Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu…

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk(Boss) menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..





p/s: kalau cerita ini diteruskan, agaknya bila nak abis daaaaaa









Friday, December 24, 2010

Tengok, lihat, baca

Aku macam tak percaya rata-rata penduduk semenanjung Malaysia masih beranggapan yang Sabah ni hanyalah negeri yang dipenuhi dengan hutan, haiwan liar, rumah panjang dan suku kaum etnik. dieorang anggap yang sabah ni masih mundur. aku ingat lagi masa mula-mula nak pindah sabah dulu. kawan-kawan aku kutuk aku, cakap aku tinggal kat rumah panjang dalam hutan, pegi sekolah pondok naik gajah. hahahaha. lucu la konon! aku tak kesah pon. sebab dieorang tu sebenarnya hanya main sedap cakap je sebab dieorang sendiri tak penah datang dan melihat sendiri keadaan sebenar bandar kota kinabalu ini. come on ! buka minda la sikit kawan-kawan. sekarang, aku tinggal kat sini dah lebih 5 tahun. tapi aku masih tinggal dalam rumah yang diperbuat daripada konkrit. bukan RUMAH PANJANG ! perempuan kat sini pun ramai yang hot ! wink wink ;) . Pada aku, Sabah ni lebih kurang je macam semenanjung. memang la aku admit yang bandar kota kinabalu mungkin tak sehebat bandar KL. tapi cukup untuk katakan yang kota kinabalu masih ada kemajuan. aku drive kereta pun atas jalan tar. bukan atas tanah merah. kepada kawan-kawan aku yang buat-buat tahu pasal keadaan sabah ni, silalah datang sendiri ke sini. jangan jadi macam katak bawah tempurung. dunia tak berkembang. korang cakap orang mundur, padahal korang yang mundur. bukan la nak kutuk kawan sendiri, tapi nak nasihat apa yang tak betul. aku pun bukannya perfect. sama-samalah kita nasihat-menasihati yee :)




*Click gambar untuk saiz lebih besar




Ini pemandangan jalan kat kota kinabalu di waktu malam dari balcony bilik hotel Tang Dynasty. aku capture ni khas untuk korang. actually, time ni aku try main capture pakai slow shutter. konon nak dapatkan spark la hasil daripada lampu kereta. tapi tripod tak bawak pulak. so banyak gambar yang shake. tak lawa nak tunjuk. ;p






*Click gambar untuk saiz lebih besar



Ini pulak pemandangan di waktu siang. lihatlah hutan ini, penuh dengan haiwan-haiwan liar dan rumah panjang. gajah pun banyak lalu lalang. sampai jam jugak jalan tanah merah ni. :p


mari cuti-cuti di Malaysia. bercuti sambil melihat dan merasai suasana dan keunikan negeri orang. bergembiralah :)






p/s: perempuan bila pakai leather jacket, nampak berganda-ganda hot ! :) *takde kaitan dengan tajuk*




Friday, December 17, 2010

Cerita kedai mamak

Hari ini, seperti biasa, aku takde kuasa superman untuk terbang, takde spider-web untuk berayun, takde kepantasan the flash untuk berlari, terpaksa drive sendiri je la ke office. biasanya naik motor je sebab senang dah cepat. :) walaupun hakikatnya aku tak suka drive kereta pergi office sebab malas nak hadap jam, aku terpaksa jugak drive sebab abang aku sebok nak pakai motor. dia pon malas nak stuck dalam jam. aku pulak yang terpaksa mengalah. aku lagi suka naik motor. boleh cilok-cilok. aku sanggup kena panas matahari daripada stuck dalam jam. aku boleh mati kebosanan. sementara nak balik tengah hari untuk pergi solat jumaat, aku tunggu la papa aku kejap sebab nak balik sekali. tapi papa ada meeting mengejut pulak. daripada aku kebosanan menunggu dekat pondok guard tu, adalah lebih baik aku pergi lepak kedai mamak berdekatan. boleh layan roti canai sementara menunggu. Time kat kedai mamak tu la ada sesuatu berlaku membuatkan aku insaf seketika.


Lokasi : Kedai mamak

Masa : Tengah hari


Roti canai aku baru je sampai ke meja, memang enak kalau disantap time tengah panas ni. sambil makan tu, mata aku meliar je la tengok costumer-costumer yang lain. Tiba-tiba mata aku tertarik kepada seorang budak yang kelihatan agak comot, kulit agak gelap, berambut lurus, umur lingkungan 10 tahun, memakai jersi Arsenal merah, seluar jeans lusuh dan selipar jepun warna kuning. Aku nampak dia bawak plastik hitam yang mempunyai sesuatu didalamnya. Aku pun tak pasti apa bendanya tapi budak tu cuba jual barang dalam plastik tu kat salah seorang costumer kat kedai mamak tu. Aku terfikir kejap. flash back balik masa-masa dulu. Masa aku sama umur dengan dia, time cuti sekolah macam ni aku tengah duduk rumah tengok TV. tak pon tidur tengah hari. tapi dia, keluar menjual sesuatu untuk mencari duit. Aku tengok muka dia pun macam kesian pulak dan timbul rasa insaf dan tertanya-tanya. ada orang yang hidupnya senang, tetapi apabila ditimpa sedikit ujian dan kesusahan, dah mula merungut sedangkan ada orang yang hidup lebih susah daripada diorang. 

Apa yang aku dapat lihat sekarang ni, macam-macam perkara yang tak sepatutnya berlaku pon boleh terjadi. orang nak cari rezeki yang halal pon ada orang lain nak sekat. tak ke zalim namanya. realiti kehidupan zaman sekarang. macam-macam boleh jadi. sampaikan aku pun dah naik malas nak tengok berita, baca newspaper. sebab hari-hari mesti benda yang sama je. hari-hari ada kes bunuh, kes buang bayi, kes kemalangan jalan raya, cerita pasal politik. semua tu aku dah makin malas pulak nak ambik tau. dah tak berminat nak baca. tu lah kan. dunia makin maju, laptop makin nipis, manusia pun makin banyak kerenah.



Hantu Kak Limah balik rumah



Walaupun cerita ni dah keluar seminggu, baru hari ini aku berkesempatan nak menonton sendiri cerita ini. Hantu Kak Limah Balik rumah. Sebelum ni dengar kawan-kawan aku je la cerita. *Boleh percaya ke?* Tu yang aku nak jugak pergi tengok cerita ni tadi. Tak plan pun nak pegi, tiba-tiba je abang aku ajak. Mintak maaf je anak Mohd Noor, aku tau kita ada date kat YM malam ni. Ko salahkan abang aku, dia yang ajak aku. Marah dia ! Btw, cerita ni not bad, memang lawak tak hingat ! Puas gelak, cuma aku kurang suka ending cerita ni je la. kalau tak percaya pergi la tengok. "ce crite ce crite" <-- (korang kalau tak tengok cerita ni mesti tak boleh faham). Tonton "Hantu Kak Limah Balik Rumah" arahan Mamat Khalid di panggung berdekatan dengan anda. :) . wah ! bunyi macam aku pulak producer cerita ni ! Promote promote !







Tidak perlu mengelabah nak betulkan skrin computer anda. Yeee memang benar ! student price kat sabah ni hanya RM 5 sahaja. Kepada sesiapa yang sebelum ni tak percaya, sila refer ticket di atas. Memang aku snap khas untuk korang. Ini bukan edit photoshop, ini betul-betul. :)



p/s: Cik Azhana Aziz, so macam mana sekarang? masih tak percaya? masih perlukan bukti lain? datang la ke sabah. anda akan disajikan dengan wayang RM 5 selagi anda mempunyai STUDENT CARD.


p/s: Anak Mohd Noor, kenapa tak online ni, penat aku balik cepat-cepat konon nak chat dengan ko. :(




Thursday, December 16, 2010

Dislocate



Tempat ini dan kerusi itu menjadi saksi ketika aku jatuh sehingga menyebabkan aku dikejarkan ke wad kecemasan. Masuk hari ni, dah 1 bulan 3 minggu 5 hari dan 8 jam aku keluar hospital since joint antara tangan & bahu aku dislocate akibat jatuh skateboard. Dah la jatuh tu 3 hari sebelum pementasan teater. tak pasal-pasal berlakon atas pentas dengan tangan beranduh. Tu la gatal sangat nak buat trick gempak-gempak ! cakap mama tak pernah nak dengar. Time maghrib dah patut balik ! Ni tidak. main lagi, kan dah jatuh. Yeee mama, angah insaf. tak main dah sampai maghrib dah. :) . Nak mama bakar skate tu, pergi la main lagi. hehe. tu je la ayat mama aku sekarang bila aku sebut je pasal skate.

Aku kalau ikutkan nak letak juga gambar aku time kat hospital dalam blog ni. tapi gambar2 tu dah hilang la. Anyway, sejak menderita tak boleh gerak sangat tangan kiri ni, tak boleh buat kerja berat, aku dilayan bagaikan anak emas sebab aku tak payah buat sebarang kerja pun dekat rumah. hehehe. Nasib korang la wahai adik-beradik ku yang lain * ceeet ! sebut mcm la adik beradik ramai sangat. ko tu ada 3 beradik je la*. Alhamdulillah, sekarang ni tangan aku dah okay la sikit-sikit. dah boleh bergerak banyak cuma kadang-kadang sakit tu datang. bila kena sejuk, lagi la sakit. tu la sekarang pulak musim hujan kat sabah ni, and aku practical pulak kat office yang bagaikan freezer tu. memang aku suka la kan duduk kat tempat-tempat sejuk time tangan aku sakit ni. memang tak menyakitkan pun kan. :p


Ni gambar yang aku saja ambik nak berlagak pada kawan-kawan aku yang tangan aku dah boleh angkat. :) . btw, thanks kepada kawan-kawan aku yang sanggup jaga aku time aku sakit, tolong pakaikan aku baju, ambikkan makanan untuk aku. aku dilayan macam raja pulak. nasib baik la aku mandi sendiri. :p . Kalau tidak, lagi malu aku dibuatnya. aku rasa macam orang tua tau tak bila korang yang tolong pakaikan aku baju. nak buat macam mana, aku kan sakit, perlukan bantuan. kadang-kadang mengada-gada je lebih ! thanks sebab melayan jugak kerenah aku ni. thanks sgtsgt. aku sayang lebih la kat korang ! muah !

Tuesday, December 14, 2010

Hari-hari ku

Hari ini merupakan minggu ke tiga aku kat RTM Kota Kinabalu sebagai pelajar practical. Haih. Dah masuk minggu ke tiga pun masih tak dapat apa-apa kerja. Korang rasa aku patut bersyukur atau merungut? Bukan apa, tujuan aku pergi practical ni untuk dapatkan pengalaman bekerja. Kalau setakat pergi office tu untuk duduk depan TV layan drama indonesia, adalah lebih baik aku tidur sahaja kat rumah. Tak payah susah-susah nak kena bersiap pagi-pagi buta pergi office.

Aku nak kongsi dengan korang pasal pengalaman practical ni pun susah sebab aku memang tidak diberi sebarang kerja. Ini bukan Latihan industri namanya. Ini lebih kepada Lepak dekat industri. Nasib baik la penyelia aku tu seorang yang baik. boleh pulak dia pesan kat aku macam ni

"office ni buka pukul 8, ko datang je la pukul 8 lebih sikit. tak payah la datang awal sangat"

Hahaha. mana nak dapat penyelia baik macam tu. korang dapat tak?Pagi tadi pun pukul 8.30 baru aku gelak pergi office. *Bengang anak mohd noor sebab aku boleh pegi lambat*. Sampai je office, aku cakap la kat penyelia tu, "sorry lambat, bang". dia boleh pulak cakap "lambat ke? takde lah". hahaha. Nasib baik la ko penyelia aku. kalau ko Big Boss RTM ni, mau bankrup jadinya kalau dah ada 10 orang macam aku.

Dah la datang lambat, balik nak awal pulak tu. Rasa macam diri aku ni teruk sangat pulak. pukul 8 lebih baru sampai office. lunch break pukul 12 sampai 2, tapi pukul 11 lebih aku dah cabut! pukul 2.30 baru masuk balik. Habis kerja pukul 5 tapi 4 lebih aku dah bla! haduiiii. ni dah boleh dikategorikan sebagai aku mengambil kesempatan diatas kebaikan penyelia ni. hahaha. Takpe laa. lepas ni saya insaf ye bang. :)