Friday, December 17, 2010

Cerita kedai mamak

Hari ini, seperti biasa, aku takde kuasa superman untuk terbang, takde spider-web untuk berayun, takde kepantasan the flash untuk berlari, terpaksa drive sendiri je la ke office. biasanya naik motor je sebab senang dah cepat. :) walaupun hakikatnya aku tak suka drive kereta pergi office sebab malas nak hadap jam, aku terpaksa jugak drive sebab abang aku sebok nak pakai motor. dia pon malas nak stuck dalam jam. aku pulak yang terpaksa mengalah. aku lagi suka naik motor. boleh cilok-cilok. aku sanggup kena panas matahari daripada stuck dalam jam. aku boleh mati kebosanan. sementara nak balik tengah hari untuk pergi solat jumaat, aku tunggu la papa aku kejap sebab nak balik sekali. tapi papa ada meeting mengejut pulak. daripada aku kebosanan menunggu dekat pondok guard tu, adalah lebih baik aku pergi lepak kedai mamak berdekatan. boleh layan roti canai sementara menunggu. Time kat kedai mamak tu la ada sesuatu berlaku membuatkan aku insaf seketika.


Lokasi : Kedai mamak

Masa : Tengah hari


Roti canai aku baru je sampai ke meja, memang enak kalau disantap time tengah panas ni. sambil makan tu, mata aku meliar je la tengok costumer-costumer yang lain. Tiba-tiba mata aku tertarik kepada seorang budak yang kelihatan agak comot, kulit agak gelap, berambut lurus, umur lingkungan 10 tahun, memakai jersi Arsenal merah, seluar jeans lusuh dan selipar jepun warna kuning. Aku nampak dia bawak plastik hitam yang mempunyai sesuatu didalamnya. Aku pun tak pasti apa bendanya tapi budak tu cuba jual barang dalam plastik tu kat salah seorang costumer kat kedai mamak tu. Aku terfikir kejap. flash back balik masa-masa dulu. Masa aku sama umur dengan dia, time cuti sekolah macam ni aku tengah duduk rumah tengok TV. tak pon tidur tengah hari. tapi dia, keluar menjual sesuatu untuk mencari duit. Aku tengok muka dia pun macam kesian pulak dan timbul rasa insaf dan tertanya-tanya. ada orang yang hidupnya senang, tetapi apabila ditimpa sedikit ujian dan kesusahan, dah mula merungut sedangkan ada orang yang hidup lebih susah daripada diorang. 

Apa yang aku dapat lihat sekarang ni, macam-macam perkara yang tak sepatutnya berlaku pon boleh terjadi. orang nak cari rezeki yang halal pon ada orang lain nak sekat. tak ke zalim namanya. realiti kehidupan zaman sekarang. macam-macam boleh jadi. sampaikan aku pun dah naik malas nak tengok berita, baca newspaper. sebab hari-hari mesti benda yang sama je. hari-hari ada kes bunuh, kes buang bayi, kes kemalangan jalan raya, cerita pasal politik. semua tu aku dah makin malas pulak nak ambik tau. dah tak berminat nak baca. tu lah kan. dunia makin maju, laptop makin nipis, manusia pun makin banyak kerenah.



No comments:

Post a Comment