Friday, January 21, 2011

:)

 kata orang, pengalaman mampu mengajar kita. yea betul. pengalaman aku hari ini telah mengajar aku tentang sesuatu perkara yang penting.

"kalau kita berniat untuk melakukan sesuatu yang baik, Allah akan bantu kita untuk lakukannya" 

itu la yang aku alami hari ni. beberapa hari yang lalu, aku ada berniat untuk solat maghrib berjemaah di masjid negeri malam jumaat ni. tapi petang tadi aku terlebih jogging pulak. jadinya rasa macam penat gile & dah lambat sangat pulak nak bersiap. pastu jadi malas tiba-tiba. konon nak tangguh la niat pulak nak pegi minggu depan. time aku dalam bilik, tiba-tiba aunty aku call suruh bank-in duit kat account dia. aku pun keluar la rumah menuju ke bank. dengan tak solat maghrib lagi aku keluar macam tu je. on the way nak pegi bank tu baru aku teringat nak terus pegi solat kat masjid berdekatan. alang-alang dah keluar rumah kan. maka, aku pun dapat la solat kat masjid seperti yang telah aku niat. walaupun awal-awal tu aku jadi malas tiba-tiba, tapi terlaksana jugak la niat aku tu. :)

No comments:

Post a Comment