Monday, February 7, 2011

oh blog, ko dah berhabuk !

macam biasa perangai aku, blog dah berhabuk baru nak update. sama je macam buku report harian practical. dah lebih sebulan tak tulis apa-apa. biarlah. ada ke orang nak baca masalahnya? baiklah, aku update hari ni bukanlah untuk berceramah panjang lebar. hanya nak berkongsi tentang dua topik yang sering kali berlegar dalam kepala otak aku ni. 

pertamanya, bila aku ajukan soalan seperti "mana yang akan anda pilih, harta kekayaan atau keluarga"

majoriti pasti menjawab KELUARGA ! tapi sejauh manakah kebenarannya? mungkin golongan yang aku akan perkatakan ini hanya segelintir. mungkin juga tidak. kadang kala manusia yang memilih keluarga, akan menjadi terlalu sibuk bekerja untuk mengejar harta kekayaan sehingga keluarganya terabai. tidakkan perbuatan org itu jelas menunjukkan yang dia lebih memilih harta kekayaan berbanding keluarga? memang la orang itu boleh cakap yang dia mengejar harta kekayaan demi kebaikan keluarganya. dia mahu keluarganya hidup senang lenang. niatnya mmg baik. TAPI, kalau dah sampai keluarga terabai, dimanakah kebaikannya? hingga keluarga bercerai-berai, dimanakah kesenangannya?

ingatlah, keluarga anda mahukan anda lebih daripada harta kekayaan yang cuba anda berikan kepada mereka. :)

baiklah, topik seterusnya, tentang jawapan orang bila memilih pasangan. jawapan yang kerap aku dengar, "aku tak pandang rupa paras, yang penting hati budi"

pada aku, yea ! mmg betul. but thats bulls**t ! tipu la kalau ko tak pandang paras rupa langsung. baiklah, cuba fikir-fikir balik. pertama kali korang berjumpa dengan seseorang, maksud aku, bila pertama kali nak berkenalan. korang pasti nampak paras rupa orang tersebut dulu sebelum mengenali hati budi orang tu. aku pon dah jumpa macam-macam jenis orang sama macam korang. tapi aku nampak paras rupa dulu. baru aku kenal hati budi orang tersebut. hehehe. 

kepada sesiapa yang pernah jawab soalan aku ni dulu, sila fikir balik sebelum jawab. aku rasa, lebih sesuai kalau korang cakap "rupa paras tak penting, yang penting hati budi" instead of "aku TAK pandang rupa paras, yang penting hati budi"

semua ni cuma pendapat aku, kalau tak setuju, aku tak kesah. setiap orang berhak memberi pendapat masing-masing walaupun dia tak sebagus mana. aku pon bukan lah bagus sgt pon. aku sekadar nak berkongsi pendapat. :)

Friday, January 21, 2011

:)

 kata orang, pengalaman mampu mengajar kita. yea betul. pengalaman aku hari ini telah mengajar aku tentang sesuatu perkara yang penting.

"kalau kita berniat untuk melakukan sesuatu yang baik, Allah akan bantu kita untuk lakukannya" 

itu la yang aku alami hari ni. beberapa hari yang lalu, aku ada berniat untuk solat maghrib berjemaah di masjid negeri malam jumaat ni. tapi petang tadi aku terlebih jogging pulak. jadinya rasa macam penat gile & dah lambat sangat pulak nak bersiap. pastu jadi malas tiba-tiba. konon nak tangguh la niat pulak nak pegi minggu depan. time aku dalam bilik, tiba-tiba aunty aku call suruh bank-in duit kat account dia. aku pun keluar la rumah menuju ke bank. dengan tak solat maghrib lagi aku keluar macam tu je. on the way nak pegi bank tu baru aku teringat nak terus pegi solat kat masjid berdekatan. alang-alang dah keluar rumah kan. maka, aku pun dapat la solat kat masjid seperti yang telah aku niat. walaupun awal-awal tu aku jadi malas tiba-tiba, tapi terlaksana jugak la niat aku tu. :)

Monday, January 17, 2011

baby oh baby :)



bwahahaha. title macam gersang habis. okaylah, dah lebih seminggu bungkusan ni sampai ke rumah. beliau masih berbau jepun sebab aku tak bawak keluar sangat lagi. kawan aku pun cakap, bawak2 la si baby ni keluar. biar beliau biasakan diri dengan cuaca malaysia. bwahaha. kepala hotak kau. 

aku baru bawak keluar untuk shoot sikit-sikit je beliau ni. setakat ambik dari balcony rumah saje. lihat la hasilnya. aku tunjuk yang original punya. takde edit. aku pun bukanlah tukang edit terhebat dunia. just letak nama aku je kat bottom. :)




 

ni je la gambar yang mampu aku snap dari balcony rumah. tak la cantik sangat pun. maklum la category beginner lagi. heh heh. tunggu abang aku nak pergi shoot model muslimah dengan kawan-kawan dia la baru aku follow. buat masa ni, biar si baby ni berkurung dalam beg dulu.








aku masih mempertimbangkan sama ada nak jual ke tidak zoom lens ni. takde niat sangat nak pakai zoom lens sigma. ingatkan nak jual je then beli zoom lens nikon. tapi macam sayang la pulak. gambar dah snap. tinggal nak iklankan je. aku masih perlu pertimbangkan lagi.

Thursday, January 13, 2011

Damn !

ahhhhhh ! Dammit ~! baru beberapa saat yang lepas, aku pinjam acc blog cik hana sekejap semata-mata nak tengok balik post aku kat blog lama yang dah berkurun tu. hahaha. segan la doh bila aku baca balik semua tu. rasa macam apesal laaaa aku post semua benda tu. rasa macam nak lari keliling padang je malu punya pasal. dah la tu, dulu cerita mengarut je *sekarang pun :p*. dah la buat short form yang susah gila orang nak faham. aku sendiri tak faham kenapa aku tulis macam tu dulu. tu la kutuk-kutuk lagi orang cakap buat short form yang pelik-pelik. rupanya diri aku sendiri pun macam tu jugak dulu. bwahahaha. okay, segan ! dah tidak perlu korang baca semua post lama tu. itu semua mengarut belaka. ahahaha. thanks cik hana sebab bagitau. kalau tidak, sampai sekarang aku tak tahu yang follower still boleh baca post aku yang lama.;)

Wednesday, January 12, 2011

Sleepy head

dan anugerah pekerja cemerlang jatuh kepadaaaaaaaaa HASRIQ !!!! yeahhhh ! hahaha. dah dah cukup berangan. layak kah aku dapat anugerah macam tu kalau dah hari ni pegi office, tido atas sofa dari pukul 8 sampai pukul 11. lepas tu, pukul 11.30 boleh pulak buat muka selamba keluar office terus balik rumah. konon lunch break la. patut pukul 12 baru boleh keluar. haih. apa nak jadi dengan ko ni hasriq. perangai tak berubah-ubah. dah la keluar pegi lunch break awal gileee. pastu balik office dekat pukul 3 petang. baik tak payah masuk office terus. :p . 

mintak maaf ye tuan-tuan dan puan-puan, aku ni bukan la saje jadi malas macam ni. cuma kebosanan tahap tertinggi sebab takde sebarang kerja kat office tu. balik-balik menghadap PC editing tu, main game. dah macam orang gila. bila aku tanya penyelia aku, dia cuma cakap dieorang maybe start keluar shooting bulan Feb nanti kot. aha. selagi dieorang belum keluar shooting, selagi tu la aku takde kerja. maka aku akan terus menerus berperangai macam ni sehingga bulan Feb nanti. ahhhhhhh indahnya dunia :)


p/s: pesanan khidmat masyarakat kepada ada MAD NOOR, anda jangan jeles ya sebab aku dapat balik awal SETIAP HARI tanpa perlu menunggu penyelia aku balik. :p